π—œπ— π—£π—”π—ž π—žπ—₯π—œπ—¦π—œπ—¦ π—•π—˜π—žπ—”π—Ÿπ—”π—‘ π—šπ—Ÿπ—’π—•π—”π—Ÿ: π—žπ——π—‘ π—£π—˜π—₯π—žπ—¨π—žπ—¨π—› 𝗦𝗠𝗔π—₯𝗧 π—˜π—‘π—™π—’π—₯π—–π—˜π— π—˜π—‘π—§

𝗣𝗨𝗧π—₯𝗔𝗝𝗔𝗬𝗔 | 9 Mei 2026 β€” Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh pendekatan β€œsmart enforcement” menerusi operasi penguatkuasaan bersepadu melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam memastikan keselamatan negara, kestabilan bekalan serta membanteras aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan.

πŸ’¬ β€œKDN tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan ketika dunia berdepan krisis bekalan global. Penguatkuasaan akan terus diperkukuh demi melindungi rakyat, menjamin kestabilan ekonomi dan memastikan keselamatan negara sentiasa terpelihara.”
β€” YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

Ketika dunia berdepan cabaran krisis bekalan global dan ketidaktentuan ekonomi antarabangsa, KDN memperhebat tindakan penguatkuasaan secara strategik, berfokus dan berasaskan risikan bagi melindungi kepentingan rakyat serta memastikan bekalan negara sentiasa terkawal dan selamat.

Sepanjang tempoh operasi semasa, agensi gabungan berjaya merekodkan rampasan kumulatif berjumlah RM24.66 juta melibatkan pelbagai kategori termasuk barang kawalan, dadah, minyak dan bahan api, rokok serta lain-lain barangan terlarang.

Dalam tempoh sama, sebanyak 551 tangkapan berjaya dilaksanakan hasil tindakan penguatkuasaan bersepadu dan kolaborasi strategik antara agensi penguat kuasa negara.

Pendekatan β€œwhole-of-government” yang digerakkan KDN membuktikan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memperkukuh keselamatan negara, menjamin kelangsungan bekalan dan memelihara kesejahteraan rakyat.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *