
๐๐ข๐๐ข๐ฅ ๐๐๐๐ฅ๐จ, ๐ด ๐ ๐ฒ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ โ Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini berada pada peringkat akhir untuk meminda Akta Kesalahan Kecil 1955 bagi memperluaskan kategori kesalahan yang layak dipertimbangkan dalam program pemulihan dan pengambilan penghuni penjara sebagai tenaga kerja.
๐ฌ โPendekatan ini memberi peluang kedua kepada penghuni untuk kembali menyumbang kepada masyarakat, di samping membantu sektor industri yang berdepan kekurangan tenaga kerja.โ
~YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.
Langkah tersebut dijangka membantu mengurangkan kesesakan institusi penjara yang kini menempatkan lebih 87,000 penghuni berbanding kapasiti asal sekitar 75,000 orang.
Menurut beliau, pindaan itu akan membolehkan kategori kesalahan melibatkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dipertimbangkan secara tersusun menerusi proses saringan, penilaian disiplin serta pemantauan keselamatan yang ketat oleh Jabatan Penjara Malaysia.
Beliau turut menjelaskan bahawa pemilihan penghuni dibuat secara teliti berdasarkan rekod disiplin, sikap, tahap kerjasama serta penilaian panel penjara bagi memastikan keselamatan masyarakat terus menjadi keutamaan.
Inisiatif pemulihan berstruktur itu juga dilihat mampu mengurangkan kadar pengulangan jenayah (residivism), selain membuka ruang kepada penghuni memperoleh pendapatan dan membina semula kehidupan secara lebih bermaruah.
MalaysiaMADANI #KDNMADANI #KeselamatanTanggungjawabBersama #SmartEnforcement #SistemPemulihanNegara
Sumber: Sidang Media YB Menteri Dalam Negeri selepas sesi dialog โEngaging Industry, Shaping Solutionsโ di FOZ One, Johor Bahru, 8 Mei 2026.
