๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ ๐—ง๐—จ๐— ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐——๐—จ๐—” ๐—ฆ๐—œ๐—ก๐——๐—œ๐—ž๐—˜๐—ง, ๐—ฅ๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐——๐—”๐——๐—”๐—› ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—œ ๐—ฅ๐— ๐Ÿญ๐Ÿฎ.๐Ÿฒ ๐—๐—จ๐—ง๐—”

8 Mei 2026

ShahAlam : Polis Selangor menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah antarabangsa dan merampas bunga ganja seberat 156.7 kilogram (kg) bernilai RM12.6 juta menerusi tiga serbuan berasingan di Terminal Satu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan sebuah premis kediaman di Kota Warisan, Sepang, hujung bulan lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata operasi dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA dan Sepang bersama polis bantuan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) KLIA itu turut menahan tujuh warga asing iaitu enam lelaki dan seorang wanita berusia 18 hingga 27 tahun.

Beliau berkata dalam serbuan pertama pada 28 April lepas, polis menahan empat suspek warga asing termasuk seorang wanita selepas pihaknya mengesan empat bagasi mencurigakan ketika melalui mesin pengimbas di terminal KLIA.

โ€œHasil pemeriksaan menemukan 64 bungkusan plastik berisi ketulan mampat disyaki bunga ganja seberat 67.2 kg dengan nilai rampasan dianggarkan RM5.4 juta dan menyita wang tunai RM580, mata wang asing 20 euro (RM91.98) serta seutas jam tangan berjenama Audemars Piguet bernilai kira-kira RM80,000,โ€ katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini.

Sumber: Bernama

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *