
๐๐ข๐๐ข๐ฅ ๐๐๐๐ฅ๐จ, ๐ด ๐ ๐ฒ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ โ Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang memuktamadkan pindaan Akta Kesalahan Kecil 1955 [Akta 336] bagi memperkukuh pendekatan pemulihan bersepadu yang lebih selamat, tersusun dan berkesan.
๐ฌ โPendekatan bersepadu ini memberi manfaat kepada keselamatan negara, masyarakat dan ekonomi menerusi sistem pemulihan yang lebih berkesan.โ
โ YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri
Pindaan ini dilihat mampu membantu mengurangkan kesesakan institusi penjara, memperluaskan peluang pemulihan berasaskan komuniti dan industri serta mengoptimumkan sumbangan tenaga kerja kepada negara.
YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri berkata pendekatan baharu itu bukan sekadar hukuman, tetapi memberi peluang kedua kepada penghuni untuk kembali membina kehidupan secara produktif melalui proses tapisan, pemantauan dan penilaian yang ketat.
KDN menegaskan reformasi sistem pemulihan ini selari dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam membina masyarakat lebih selamat, adil dan sejahtera.
