

๐ฆ๐ถ๐ธ, ๐ญ๐ฐ ๐ ๐ฒ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ โ Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah telah melaksanakan program pemindahan seramai 99 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) pelbagai warganegara ke negara asal masing-masing melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1) pada 13 Mei 2026.
Kesemua PATI yang dihantar pulang terdiri daripada 64 lelaki dan 35 wanita melibatkan warganegara Myanmar, Indonesia, Bangladesh, China, Nepal, Vietnam, Pakistan dan India yang sebelum ini ditahan di Depot Imigresen Belantik, Sik, Kedah.
Jabatan memaklumkan bahawa kesemua PATI tersebut telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana memasuki negara ini tanpa pas atau permit yang sah selain tinggal melebihi tempoh dibenarkan. Kesemua tahanan juga telah selesai menjalani hukuman sebelum proses pemindahan dilaksanakan.
Kesemua tahanan yang dihantar pulang memiliki dokumen perjalanan yang sah manakala sebahagian daripada mereka turut dibekalkan Dokumen Perjalanan Sementara (Emergency Travel Document) yang dikeluarkan oleh kedutaan negara masing-masing bagi melancarkan proses penghantaran pulang.
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah turut menegaskan bahawa semua PATI yang dihantar pulang telah disenarai hitamkan dalam sistem Jabatan dan dilarang memasuki semula Malaysia bagi apa jua tujuan dalam tempoh yang ditetapkan.
Operasi pemindahan ini merupakan antara fokus utama Depot Tahanan Imigresen Belantik yang dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan tahanan yang telah selesai menjalani hukuman dihantar pulang ke negara asal dengan segera selaras dengan komitmen Jabatan Imigresen Malaysia dalam membanteras kebanjiran PATI di negara ini.
ยฉ๏ธ 2026 Unit Komunikasi Korporat | JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI KEDAH
