Israel serang Lubnan sehari selepas gencatan senjata dilanjutkan

BEIRUT, 17 Mei- Israel melancarkan serangan udara di selatan Lubnan pada Sabtu meskipun baru sehari gencatan senjata antara kedua-dua pihak dilanjutkan selama 45 hari lagi.

Tindakan rejim Zionis itu menyasarkan lebih 24 kampung di selatan Lubnan termasuk kawasan yang terletak lebih 50 kilometer dari sempadan, menurut Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).

Serangan berterusan berkenaan turut memaksa penduduk sekali lagi meninggalkan kediaman masing-masing dan berpindah ke bandar selatan Sidon serta ibu negara, Beirut.

Susulan situasi itu kumpulan Hezbollah melancarkan serangan balas ke atas sasaran ketenteraan musuh di utara Israel.

Hezbollah memaklumkan pihaknya menyasarkan “Kem Ya’ara… menggunakan dron”, selepas mengumumkan beberapa operasi terhadap tentera Israel di selatan Lubnan.

Terdahulu, Israel dan Lubnan pada Jumaat bersetuju melanjutkan gencatan senjata yang bermula 17 April lalu.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres menggesa kedua-dua pihak agar mematuhi sepenuhnya gencatan berkenaan. –

Sumber: AFP

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *