
Wartawan JM
17 MEI 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-83, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Negeri Perlis.
“Mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala semoga Duli Tuanku, Raja Perempuan Perlis dan seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya selain terus diberi keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan. Daulat Tuanku.” kata Anwar dalam hantaran di FB hari ini. – JM
