
18 Mei 2026
Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh kawalan keselamatan maritim dan sempadan negara menerusi pendekatan penguatkuasaan bersepadu, teknologi pemantauan moden serta rondaan strategik 24 jam demi memastikan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.
๐ฌ โKeselamatan sempadan dan perairan negara bukan sekadar tanggungjawab agensi penguatkuasaan, tetapi amanah bersama demi mempertahankan kedaulatan Malaysia.โ
โ ๐ฌ๐ ๐๐ฎ๐๐๐ธ ๐ฆ๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐ฆ๐ฎ๐ถ๐ณ๐๐ฑ๐ฑ๐ถ๐ป ๐ก๐ฎ๐๐๐๐ถ๐ผ๐ป ๐ฏ๐ถ๐ป ๐๐๐บ๐ฎ๐ถ๐น, Menteri Dalam Negeri
Melalui kerjasama erat antara agensi penguatkuasaan di darat, laut dan udara, KDN komited mengekang pencerobohan, penyeludupan serta ancaman rentas sempadan yang boleh menggugat keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
Pendekatan โsmart enforcementโ yang dilaksanakan turut melibatkan penggunaan radar, dron, sistem pemantauan canggih serta sekatan taktikal bagi mempercepat pengesanan awal dan tindakan penguatkuasaan secara tegas tanpa kompromi.
KDN akan terus memastikan keselamatan perairan dan sempadan negara berada pada tahap tertinggi selaras aspirasi Malaysia MADANI dan kesejahteraan rakyat.
Sumber: KDN
