
18 Mei 2026
Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperhebat tindakan penguatkuasaan bersepadu dalam memastikan kestabilan bekalan negara sentiasa terjamin serta bebas daripada aktiviti ketirisan dan penyeludupan rentas sempadan.
π¬βKDN akan terus memperkukuh operasi penguatkuasaan strategik secara bersepadu bagi memastikan keselamatan ekonomi dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.ββ YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri
Sepanjang tempoh pemantauan operasi, pelbagai tindakan strategik melibatkan PDRM dan APMM berjaya dilaksanakan dengan nilai rampasan keseluruhan mencecah jutaan ringgit.
π₯ RM39.18 Juta rampasan kumulatif direkodkan oleh PDRM (KDNKA) melibatkan 196 kes dan 206 tangkapan berkaitan diesel serta petrol bersubsidi.
β RM4.39 Juta pula direkodkan oleh APMM melibatkan 20 kes dan 93 tangkapan menerusi operasi kawalan perairan negara.
π¨ Sebanyak 6 kes Ops Tiris turut direkodkan pada 15 Mei 2026 melibatkan Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak dengan nilai rampasan harian RM617,210.30.
Pendekatan βSmart Enforcementβ ini membuktikan komitmen berterusan KDN dalam:βοΈ Memutuskan ketirisan subsidi negaraβοΈ Membanteras penyeludupan rentas sempadanβοΈ Menjamin keselamatan dan kestabilan bekalan negaraβοΈ Melindungi kesejahteraan rakyat.
Sumber: KDN
