
Wartawan JM
19 MEI 2026
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan biadab rejim
Zionis Israel yang bertindak memintas flotila kemanusiaan Gaza di mana menahan lebih 100 orang aktivis termasuk 16 aktivis dari Malaysia yang terlibat dalam misi aman membela kemanusiaan sejagat.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan kurang ajar rejim jahat ini terhadap terhadap misi bantuan kemanusiaan ini bukan sahaja mencabuli hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa.
Jelas beliau ia memperlihatkan kerakusan rejim Zionis dalam menutup ruang bantuan, menyekat suara kemanusiaan dan menindas sesiapa sahaja yang bangkit mempertahan dan membela rakyat Palestin
“Dunia tidak boleh terus tunduk kepada kezaliman dan kebobrokan,” kata Anwar dalam hantaran di FB.
Anwar berkata penindasan ke atas warga Palestin dan kepada mereka yang menggerak serta membawa bantuan kemanusiaan mesti dihentikan segera, dan Israel mesti berdepan keadilan dan pertanggungjawaban!. – JM
