
Wartawan JM
20 MEI 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan Selamat ulang tahun ke-59 kepada BERNAMA.
Beliau berharap semoga BERNAMA terus mendukung fakta, etika kewartawanan dan kepercayaan awam, demi memastikan rakyat terus memperoleh maklumat yang benar dan bertanggungjawab.
“Hampir enam dekad, jasa, pengorbanan dan komitmen warga BERNAMA telah meletakkan agensi ini sebagai antara tonggak penting negara dalam menyampaikan berita yang sahih dan berintegriti,” kata Anwar dalam hantaran di FB.
Beliau berkata ini sekali gus memperkukuh kefahaman rakyat, memelihara perpaduan nasional serta mengangkat citra Malaysia di persada antarabangsa tatkala era ledakan teknologi digital, kecerdasan buatan (AI) dan lambakan maklumat tanpa sempadan, dan cabaran dunia media yang menjadi semakin kompleks. – JM
