
Kerajaan MADANI melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus menekankan pendekatan pengurusan pelarian yang lebih tersusun, terkawal dan berlandaskan prinsip kemanusiaan menerusi pelaksanaan Program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP).
π¬ βSokongan sosial diberikan secara terkawal atas pertimbangan kemanusiaan dan keperluan pengurusan yang lebih tersusun serta berkesan.β
β YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.
Melalui program ini, individu yang diluluskan status pelarian diberikan sokongan sosial tertentu secara terkawal dan berpatutan termasuk akses kepada perkhidmatan kesihatan, peluang pendidikan bersesuaian khususnya serta peluang pekerjaan dalam sektor yang dibenarkan sahaja.
Setakat ini, seramai 78 individu telah diluluskan status pelarian di bawah Program DPP selepas melalui proses dokumentasi, saringan keselamatan dan penilaian yang ketat. Pendekatan ini memastikan aspek kemanusiaan dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan keselamatan, kedaulatan dan kepentingan negara.
Sumber: Kenyataan Media Lawatan Kerja YB Menteri Dalam Negeri ke Pusat Pengasingan Khas Pelarian dan Pemohon Suaka (PPKPPS) Bidor, Perak, 18 Mei 2026.
