MCMC PERKUKUH LIBAT URUS BERSAMA CSO BERKAITAN PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DALAM TALIAN

CYBERJAYA, 20 Mei 2026 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(MCMC) hari ini telah mengadakan sesi libat urus bersama 12 wakil organisasi
masyarakat sivil (CSO) daripada 57 organisasi yang dijemput, sebagai
sebahagian daripada pendekatan MCMC yang bersikap terbuka dalam
mendapatkan pandangan pelbagai pihak.

Sesi ini membincangkan pelaksanaan langkah keselamatan dalam talian,
termasuk cadangan pengesahan umur bagi pengguna bawah 16 tahun,
penggunaan mekanisme pengesahan umur, serta pembangunan Kod
Perlindungan Kanak-Kanak (Child Protection Code).

Inisiatif ini juga bertujuan mendapatkan pandangan, maklum balas dan
cadangan daripada pelbagai pihak berkepentingan dalam usaha memperkukuh
pendekatan kawal selia yang lebih menyeluruh, seimbang dan berkesan.

MCMC mengambil maklum pandangan yang dikemukakan dan akan meneliti
secara terperinci setiap perkara yang dibangkitkan, termasuk aspek
perlindungan data, pelaksanaan teknikal serta implikasi kepada pengguna.

Keutamaan MCMC adalah untuk memastikan persekitaran dalam talian yang
lebih selamat, khususnya bagi kanak-kanak dan keluarga, serta memperkukuh
perlindungan pengguna dalam ekosistem digital negara melalui pendekatan yang
inklusif, praktikal dan berkesan.

Sesi ini turut disertai pembentangan oleh Dr. Farah Nini Dusuki, Pesuruhjaya
Kanak-Kanak SUHAKAM yang juga ahli Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian,
serta wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM), Puan Siti Kamsiah dari D11.

Turut hadir
ialah Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian, Tan Sri Dato’ Sri Hasnah
Mohammed Hashim dan Timbalan Pengerusi, Datuk Lim Thean Shiang.

Jadual 1: 57 wakil organisasi masyarakat sivil (CSO) yang dijemput

No. Organisasi Kehadiran
1 ARTICLE 19 Hadir
2 Centre for Independent Journalism (CIJ) Hadir
3 Sinar Project Hadir
4 Advocates for Non-Discrimination and Access to Knowledge (ANAK) –
5 All Women’s Action Society (AWAM) –
6 Association of Women Lawyers (AWL) –
7 BERSIH Sabah –
8 Beyond Borders –
9 Borneo Komrad –
10 Buku Jalanan Chow Kit Hadir
11 Cahaya Society Hadir
12 Child Rights Coalition Malaysia (CRCM) Hadir
13 Childline Foundation Hadir
14 CRIB Foundation (Child Rights Innovation & Betterment) –
15 ECPAT Malaysia Hadir
16 Family Frontiers –
17 Federasi Pemuda Kebangsaan –
18 Filsufi. & Co –
19 Freedom Film Network –
20 Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) –
21 Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) –
22 Gerakan Belia Se-Punjabi Malaysia (GBSM) –
23 Gerakan Media Merdeka (Geramm) –
24 Greater Equitable Measures (GEM) –
25 Hayat –
26 Initiative to Promote Tolerance and Prevent Violence (INITIATE.MY) Hadir
27 JEJAKA –
28 Justice for Sisters –
29 Kemban Kolektif –
30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 52 53 54 55 56 57 KL Queer Space –
Lawyer Kamek, Sarawak –
Liga Rakyat Demokratik –
MANDIRI Hadir
Monsters Among Us (MAU) –
Movement for Change, Sarawak (MoCS) –
North South Initiative –
OCSEA Working Group Hadir
Parti Sosialis Malaysia (PSM) –
PEN Malaysia –
Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER) –
Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (PPDM) –
Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS) –
Project Stability and Accountability for Malaysia (Projek SAMA) –
PurpleLily Social Association Kuching –
Pusat KOMAS Hadir
ReformARTsi –
Relate Mental Health Malaysia –
SIS Forum (Malaysia) –
SIUMAN Collective –
Squimp Tech Solutions –
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) –
Tawaukini –
The OKU Rights Matter Project –
The Talisman Project –
Vanguards4Change –
Women’s Aid Organisation (WAO) –
Yayasan Chow Kit –
3
Lampiran Gambar:
Sesi taklimat dengan organisasi masyarakat sivil di MCMC, Cyberjaya.

KOMUNIKASI KORPORAT MCMC

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *