Fahmi rasmi Program Belia Kreatif Komuniti MADANI sempena Penutupan HBN2026 peringkat Wilayah Persekutuan

Wartawan JM
24 MEI 2026

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil merasmikan Program Belia Kreatif Komuniti MADANI sempena Penutupan Hari Belia Negara 2026 (HBN2026) peringkat Wilayah Persekutuan yang berlangsung di PIAZZA, Pavilion Bukit Jalil hari ini.

Beliau berkata program anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan kerjasama Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) itu menjadi platform memperkasa pembangunan modal insan belia dalam bidang kreatif dan digital selaras aspirasi Malaysia MADANI.

“Dalam program tersebut saya turut melancarkan dua inisiatif utama iaitu Dana Pemangkin Generasi MADANI yang memberi fokus kepada pembangunan kandungan kreatif berteraskan aspirasi belia dan nilai Malaysia MADANI, serta penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Program Reel MADANI@Kampus kepada 15 institusi pengajian tinggi awam dan swasta,” kata Fahmi dalam hantaran di FB.

Beliau berkata juga berlangsung penyerahan Letter of Intent (Lol) daripada FINAS kepada TikTok Malaysia sebagai langkah memperkukuh kerjasama strategik dalam membina ekosistem sokongan bagi melahirkan generasi pencipta kandungan yang kreatif, beretika dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi, Datuk Bahria Mohd Tamil, Pengerusi FINAS, Datuk Hans Isaac dan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datum Azmir Saifuddin Mutalib. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *