Fahmi sumbang 72 ekor lembu korban untuk Parlimen Lembah Pantai

Wartawan JM
27 MEI 2026

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyumbangkan 72 ekor lembu korban untuk diagihkan ke masjid, surau, persatuan penduduk dan Rukun Tetangga (RT) di seluruh Lembah Pantai sempena ibadah korban

Beliau berkata usaha ini bukan digerakkan oleh satu pihak sahaja, tetapi lahir daripada semangat kerjasama dan perpaduan yang cukup baik antara sahabat-sahabat dalam KEADILAN, UMNO dan AMANAH, bersama komuniti setempat yang sama-sama turun padang menjayakannya.

“Pada masa yang sama, saya turut berkesempatan mengunjungi Masjid Muhammadi, Angkasapuri dan Surau As-Sakinah di IPK Kuala Lumpur,” kata Fahmi dalam hantaran di FB.

Fahmi berkata Aidiladha bukan sekadar tentang ibadah korban, tetapi juga tentang keikhlasan, pengorbanan dan kebersamaan dalam membantu mereka yang memerlukan.

“Terima kasih kepada semua yang terlibat, daripada penyumbang, urus setia, sukarelawan hinggalah kepada warga komuniti yang bergotong-royong dari awal pagi,” kata Fahmi.

Jelas beliau semoga ibadah korban ini diterima Allah SWT, membawa keberkatan kepada semua, dan terus menyuburkan ukhuwah serta semangat perpaduan dalam kalangan warga Lembah Pantai. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *