Hari Wartawan Nasional: PMX menghargai para wartawan, pengamal media menjadi suara rakyat

Wartawan JM
29 MEI 2026

Pedana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan penghargaan kepada para wartawan dan pengamal media yang selama ini menjadi suara rakyat serta antara tiang penting dalam memperkukuh demokrasi negara apabila hari ini diwartakan sebagai memperingati Hari Wartawan Nasional.

Beliau berkata peranan media bukan sekadar menyampaikan berita, tetapi memikul amanah besar untuk menegakkan kebenaran dengan integriti, kredibiliti, keberanian dan rasa tanggungjawab.

“Dalam era lambakan maklumat dan penyebaran berita tanpa sempadan, pelaporan yang bertanggungjawab amat penting bagi memastikan fakta disampaikan secara tepat, beretika dan tidak menjejaskan keharmonian masyarakat,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Anwar berkata semoga para wartawan dan pengamal media terus menjadi suara rakyat, pengimbang kuasa dan nurani negara. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *