Ketidaktentuan Ekonomi Beri Peluang Rakyat Miliki Rumah – Pakar Kewangan

KUALA LUMPUR, 31 Mei – Ketidaktentuan ekonomi global susulan krisis Asia Barat dijangka menyebabkan pasaran hartanah menjadi perlahan, sekali gus membuka peluang kepada pembeli untuk mendapatkan kediaman pada harga yang lebih rendah.

Pakar kewangan, Faizul Ridzuan berkata, situasi tersebut mendorong pemaju menawarkan diskaun lebih besar serta pelbagai insentif tambahan bagi menarik minat pembeli hartanah tahun ini.

“Tahun ini akan ada kejatuhan transaksi hartanah. Jadi rumah akan jadi lebih murah terutama beli dengan pemaju. Lagi banyak diskaun, lagi besar peluang pembeli dapat manfaat tambahan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media di sini, hari ini.

Beliau berkata, golongan muda yang mempunyai kedudukan kewangan stabil disaran memanfaatkan keadaan semasa kerana pasaran ketika ini memberi ruang rundingan harga yang lebih baik kepada pembeli.

Menurutnya, pembeli bijak boleh menggunakan peluang tersebut untuk meningkatkan aset jangka panjang, selain memperoleh lebihan tunai menerusi tawaran dan insentif diberikan pihak pemaju hartanah.

Dalam masa sama, beliau mengingatkan rakyat supaya terus berdisiplin mengurus kewangan termasuk menyediakan simpanan kecemasan sekurang-kurangnya bagi tempoh tiga hingga enam bulan menghadapi sebarang risiko ekonomi.

Sumber berita: RTM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *