
WASHINGTON, 31 Mei β Satu meteor meletup di ruang udara timur laut Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu, sekali gus menghasilkan bunyi dentuman kuat yang kedengaran di beberapa kawasan.
Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), meteor berkenaan hancur di ruang udara di barat laut Massachusetts dan tenggara New Hampshire pada pukul 2.06 petang waktu tempatan.
Timbalan Ketua Berita NASA, Jennifer Dooren, dalam satu kenyataan kepada AFP memaklumkan kejadian itu tidak berkait dengan sebarang hujan meteor aktif, sebaliknya merupakan objek semula jadi dan bukan serpihan atau satelit yang memasuki semula atmosfera Bumi.
βTenaga yang terhasil daripada letupan meteor itu dianggarkan bersamaan kira-kira 300 tan TNT, sekali gus menyebabkan bunyi dentuman kuat di kawasan terlibat.
βMeteor itu bergerak pada kelajuan kira-kira 120,000 kilometer sejam dan hancur pada ketinggian 64 kilometer,β katanya.
Rata-rata penduduk di kawasan terjejas meluahkan kebimbangan selepas mendengar bunyi kuat secara tiba-tiba sehingga ada yang mendakwa gegaran dirasai di rumah masing-masing. -AFP
Sumber berita: RTM
