
2 Jun 2026
Ketirisan Dibendung, Bekalan Terpelihara, Rakyat Dilindungi
💬 “KDN akan terus memperkukuh penguatkuasaan bersepadu dan berasaskan risikan bagi memastikan ketirisan subsidi dibanteras, bekalan negara terjamin serta kesejahteraan rakyat sentiasa dipelihara.”
~YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri
Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperhebat operasi penguatkuasaan strategik melalui kerjasama pelbagai agensi bagi menangani isu ketirisan subsidi, penyeludupan serta penyelewengan barangan kawalan yang boleh menjejaskan keselamatan ekonomi dan kestabilan bekalan negara.
Berdasarkan laporan kumulatif keseluruhan bagi tempoh 12 April hingga 31 Mei 2026, sebanyak 319 kes penguatkuasaan telah direkodkan melibatkan pelbagai agensi di bawah KDN dengan 911 tangkapan keseluruhan berjaya dilaksanakan.
📊 Pencapaian Utama Operasi Penguatkuasaan KDN
✅ 319 kes penguatkuasaan direkodkan di seluruh negara
✅ 911 tangkapan keseluruhan melibatkan pelbagai kesalahan
✅ RM47.99 juta nilai rampasan keseluruhan
✅ RM1,057,689.50 nilai rampasan mingguan terbesar (25–31 Mei 2026)
Pecahan Tangkapan Keseluruhan:
👮 PDRM (JSJ D3) – 512 tangkapan
👮 PDRM–KPDN – 249 tangkapan
🚤 Maritim Malaysia (APMM) – 92 tangkapan
🛂 Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) – 58 tangkapan
PDRM–KPDN turut merekodkan pencapaian tertinggi dengan 243 kes penguatkuasaan, melibatkan:
⛽ Ketirisan diesel dan petrol
🔥 Penyalahgunaan LPG
🛢️ Penyelewengan minyak masak bersubsidi
👥 Tangkapan dan siasatan terhadap pihak yang terlibat
Operasi bersepadu yang dilaksanakan merangkumi pemeriksaan kenderaan, pemantauan premis, kawalan sempadan, rondaan maritim serta tindakan penguatkuasaan berasaskan maklumat risikan bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan penyelewengan subsidi.
KDN akan terus memperkukuh pendekatan Smart Enforcement, mempertingkat kerjasama antara agensi serta memastikan tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan melalui aktiviti yang menjejaskan kepentingan rakyat dan negara.
✔️ Penguatkuasaan Tegas
✔️ Operasi Pintar Berasaskan Risikan
✔️ Keselamatan Negara Terpelihara
✔️ Ketirisan Dibendung, Bekalan Terpelihara, Rakyat Dilindungi
Sumber: KDN
