
6 Jun 2026
๐ฌ โKDN akan terus memperkukuh operasi penguatkuasaan bersepadu bagi memastikan ketirisan subsidi dibanteras, penyeludupan ditumpaskan dan kepentingan rakyat sentiasa terpelihara.โ
~YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri
Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus mencatat kejayaan dalam usaha membanteras ketirisan subsidi dan aktiviti penyeludupan menerusi pelaksanaan operasi penguatkuasaan bersepadu di seluruh negara.
๐ฅ RM1,057,689.50 direkodkan sebagai rampasan mingguan terbesar bagi tempoh 25 hingga 31 Mei 2026, melibatkan komoditi strategik seperti diesel, petrol, LPG dan minyak masak bersubsidi.
Pencapaian ini merupakan sebahagian daripada kejayaan keseluruhan operasi penguatkuasaan KDN yang dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan bekalan negara kekal terjamin serta melindungi kepentingan rakyat.
๐ Sorotan Pencapaian Penguatkuasaan KDN
๐ฐ RM1,057,689.50
RAMPASAN MINGGUAN TERBESAR
(25 โ 31 Mei 2026)
๐ฎ 911 tangkapan keseluruhan
๐ 319 kes penguatkuasaan
๐ต RM47.99 juta nilai rampasan keseluruhan
๐ PDRMโKPDN merekodkan 243 kes penguatkuasaan, tertinggi di seluruh negara, melibatkan kes ketirisan diesel dan petrol, penyalahgunaan LPG, penyelewengan minyak masak bersubsidi serta pelbagai aktiviti penyeludupan.
Antara kejayaan utama operasi:
โ
Membanteras ketirisan subsidi
โ
Menyekat aktiviti penyeludupan rentas sempadan
โ
Melindungi bekalan strategik negara
โ
Memperkukuh keselamatan ekonomi negara
โ
Menjamin kesejahteraan rakyat
KDN akan terus memperhebat pendekatan Smart Enforcement berasaskan risikan dan teknologi bagi memastikan setiap cubaan menyeleweng bekalan bersubsidi dapat dikesan dan ditangani dengan tegas.
Ketirisan Dibendung. Bekalan Terpelihara. Rakyat Dilindungi.
