
4 Jun 2026
Komitmen Berterusan Membanteras Ketirisan Subsidi, Penyeludupan dan Jenayah Rentas Sempadan
π¬ βKejayaan operasi bersepadu ini membuktikan komitmen KDN dan agensi penguat kuasa dalam memastikan keselamatan rakyat, kestabilan bekalan negara serta kedaulatan sempadan sentiasa terpelihara.β
~YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri
Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh penguatkuasaan strategik menerusi pendekatan Smart Enforcement bagi memastikan keselamatan negara, kestabilan ekonomi serta kelangsungan rantaian bekalan sentiasa berada pada tahap terbaik.
Sehingga 2 Jun 2026, operasi bersepadu darat, laut dan udara yang dilaksanakan oleh pelbagai agensi penguat kuasa telah merekodkan 1,116 tangkapan, sekali gus mencerminkan keberkesanan tindakan bersepadu dalam membanteras aktiviti ketirisan subsidi, penyeludupan dan jenayah rentas sempadan.
π Pencapaian Operasi Kumulatif (12 April β 2 Jun 2026)
π₯ 1,116 TANGKAPAN
Melibatkan pelbagai tindakan penguatkuasaan oleh PDRM, APMM, JSJ D3 serta tangkapan migran dan penyeludup
π 317 KES DIREKODKAN
Hasil operasi bersepadu pelbagai agensi di seluruh negara
π° RM48.05 JUTA
Nilai rampasan kumulatif hasil tindakan penguatkuasaan
π‘οΈ Operasi Bersepadu Darat, Laut dan Udara
Dilaksanakan secara berterusan bagi memperkukuh keselamatan negara dan melindungi kepentingan rakyat
Kejayaan ini membuktikan kesungguhan KDN dalam memperhebat operasi berasaskan risikan, memperkukuh kerjasama antara agensi serta memanfaatkan teknologi bagi mengesan dan mengekang sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan keselamatan serta kestabilan bekalan negara.
Melalui pendekatan Whole-of-Government dan Whole-of-Society, KDN akan terus memastikan tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara tegas, profesional dan berintegriti demi kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negara.
β
1,116 Tangkapan
β
317 Kes Direkodkan
β
RM48.05 Juta Rampasan Kumulatif
β
Operasi Darat, Laut dan Udara Berterusan
Sumber: KDN
