



1 Jun 2026
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan kepada 161 penerima sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda Bagi Tahun 2026, hari ini (1 Jun).
Mendahului senarai penerima ialah Yang Amat Arif Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Ketua Hakim Negara yang dikurniakan Darjah Seri Setia Mahkota (S.S.M) yang membawa gelaran ‘Tun’.
Seri Paduka Baginda juga berkenan mengurniakan Darjah Bakti (D.B) kepada Atlet Berbasikal Trek Negara, Dato’ Mohd Azizulhasni Awang.
Seramai tiga individu dikurniakan Darjah Panglima Mangku Negara (P.M.N) yang membawa gelaran Tan Sri iaitu Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman, Panglima Angkatan Tentera; Tan Sri Mohamad Khalid Ismail, Ketua Polis Negara dan Tan Sri Dr Daing Abdul Malek Daing Abdul Rahaman, Pengarah Eksekutif Country Garden Pacificview Sdn Bhd.
Lima individu dikurniakan darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran Tan Sri antaranya Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan; Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman, Panglima Tentera Darat; Tan Sri Muhamad Norazlan Aris, Panglima Tentera Udara, dan Tan Sri Avinderjit Singh, Pemegang Amanah Urusan Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).
Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (P.J.N); Panglima Setia Diraja (P.S.D); Johan Mangku Negara (J.M.N); Johan Setia Mahkota (J.S.M); Johan Setia Diraja (J.S.D); Kesatria Mangku Negara (K.M.N); Kesatria Setia Diraja (K.S.D); Kesatria Mangku Negara (K.M.N).
Selain itu, Ahli Mangku Negara (A.M.N); Pingat Pangkuan Negara (P.P.N) dan Bentara Setia Diraja (B.S.D)
