PMX terima kunjung hormat Ketua Pegawai Eksekutif AT&S, delegasi syarikat

Wartawan JM
Foto: Pejabat Perdana Menteri (PMO)
4 JUN 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif AT&S Austria Technologie & Systemtechnik Aktiengesellschaft (AT&S), Dr. Michael Mertin, bersama delegasi syarikat tersebut, petang tadi.

Beliau berkata AT&S merupakan antara peneraju global dalam pengeluaran substrat Integrated Circuit (IC) bernilai tinggi dan papan litar bercetak, selain membangunkan teknologi perhubungan canggih yang menyokong pelbagai industri strategik termasuk peranti mudah alih, automotif, aeroangkasa, perubatan, perindustrian serta pengkomputeran berprestasi tinggi bagi aplikasi kecerdasan buatan (AI).

Dalam pertemuan ini, beliau berkata mereka membincangkan perkembangan semasa operasi AT&S Malaysia di Kulim, Kedah yang kini menggaji sekitar 2,700 tenaga kerja.

Jelas Anwar Malaysia merupakan antara hab pengeluaran utama syarikat tersebut selain Austria, China dan India, sekali gus mencerminkan keyakinan berterusan pelabur global terhadap keupayaan dan daya saing negara.

“Saya tegaskan bahawa Kerajaan akan terus memberikan dukungan yang jelas dan konsisten kepada pelaburan berkualiti tinggi yang mampu memperkukuh kedudukan Malaysia dalam rantaian nilai semikonduktor global serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada rakyat,” kata Anwar dalam hantaran di FB.

Beliau berkata keyakinan yang ditunjukkan oleh pelabur antarabangsa seperti AT&S merupakan cerminan kestabilan politik negara, pengurusan ekonomi yang berhemah serta kejelasan dasar Kerajaan MADANI. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *