
7 Jun 2026
SungaiPetani: Enam sekeluarga maut termasuk seorang bayi berusia enam bulan dalam kemalangan membabitkan sebuah lori tanah dan kenderaan utiliti sukan di Kampung Baru Pinang Tunggal, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu Penolong Penguasa Bomba Fauzi Shuaib berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 3.46 petang dan sepasukan bomba digerakkan segera ke lokasi.
“Kemalangan membabitkan sebuah lori dengan muatan tanah 10 tan dan sebuah SUV jenis Proton X50 yang dinaiki tujuh individu termasuk seorang bayi.
“Enam mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM), manakala seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun cedera parah dan dibawa ke hospital oleh pihak KKM,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Sumber: Bernama
πΈ Bomba
