



8 Jun 2026
Putrajaya : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan kebimbangan terhadap kebanjiran warga asing yang menyalahgunakan visa pelawat dan pelajar untuk menjalankan perniagaan di negara ini.
Beliau berkata kerajaan menyedari ancaman ditimbulkan segelintir warga asing yang memasuki negara ini menggunakan visa pelawat atau pelancong, namun menjalankan aktiviti perniagaan termasuk dalam sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Anwar berkata keadaan itu kadangkala menjejaskan peluang pekerjaan rakyat tempatan.
“Banyak juga dari China yang datang dengan visa pelancong, tetapi membuka perniagaan kecil seperti membaiki kenderaan, perkhidmatan pendingin hawa, syarikat kecil dan kedai kopi,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi hari ini.
Sumber: Bernama
πΈ fotoBERNAMA
