
8 Jun 2026
Seorang wanita warga emas berusia 68 tahun telah mengalami kerugian sebanyak RM1,197,820.08 selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan saham IPO yang diiklankan melalui Facebook.
Mangsa yang merupakan seorang pesara telah dihubungi oleh individu tidak dikenali melalui WhatsApp dan dijanjikan pulangan keuntungan sehingga 180%.
Mangsa kemudiannya diberikan akses kepada satu platform pelaburan yang memaparkan kononnya keuntungan pelaburan yang semakin meningkat.
Percaya dengan tawaran tersebut, mangsa telah membuat beberapa transaksi ke akaun yang diberikan. Namun apabila cuba mengeluarkan keuntungan yang dipaparkan, mangsa diminta membuat bayaran tambahan. Selepas itu, suspek gagal dihubungi dan mangsa tidak dapat mengeluarkan sebarang keuntungan mahupun mendapatkan semula modal pelaburannya.
