
8 Jun 2026
💬 “Pencapaian ini membuktikan komitmen berterusan warga KDN dalam memperkukuh tadbir urus keselamatan perlindungan, pematuhan standard keselamatan serta pengurusan maklumat kerajaan yang berintegriti dan berkesan.”
~ YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri
Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus melakar pencapaian cemerlang apabila dianugerahkan Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan 2026 dengan pengiktirafan 5 Bintang Cemerlang, sekali gus mengiktiraf komitmen kementerian dalam memperkukuh pengurusan keselamatan perlindungan dan keselamatan maklumat kerajaan.
Anugerah tersebut telah diterima oleh YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, yang mewakili YBhg. Datuk Dr. Awang Alik bin Jeman, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, dalam majlis yang berlangsung di Putrajaya dan disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara.
🏆 Antara 50 kementerian dan agensi Kerajaan yang menerima pengiktirafan tertinggi
⭐ 5 Bintang Cemerlang dalam Keselamatan Perlindungan
✅ Pengurusan keselamatan perlindungan yang berkesan dan sistematik
✅ Pematuhan standard keselamatan kerajaan pada tahap cemerlang
✅ Pengurusan dokumen terperingkat yang selamat dan teratur
✅ Pengukuhan budaya integriti serta tadbir urus organisasi
Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, Peguam Negara, YBhg. Dato’ Saiful Bahri bin Kamaruddin, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), pegawai-pegawai kanan Jabatan Perdana Menteri serta Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO).
Pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada KDN untuk terus memperkukuh budaya keselamatan perlindungan, meningkatkan tahap kesiapsiagaan organisasi serta memastikan keselamatan maklumat dan kepentingan strategik negara sentiasa terpelihara demi kesejahteraan rakyat dan negara.
