KUSKOP RAIH PENGIKTIRAFAN TERTINGGI 5 BINTANG CEMERLANG KESELAMATAN PERLINDUNGAN 2026

8 Jun 2026

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) terus mencatat pencapaian membanggakan apabila menerima Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan 2026 dengan pengiktirafan 5 Bintang Cemerlang, sekali gus mengukuhkan komitmen terhadap pengurusan keselamatan perlindungan dan keselamatan maklumat kerajaan.

Majlis anugerah ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara dalam satu majlis yang berlangsung di Putrajaya semalam. Sesi penyampaian anugerah ini telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, JPM kepada YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee bin Daud, Ketua Setiausaha KUSKOP.

🏆 KUSKOP antara 11 kementerian yang menerima pengiktirafan tertinggi
⭐ 5 Bintang Cemerlang dalam keselamatan perlindungan
📁 Pengurusan dokumen terperingkat yang sistematik
🛡️ Pengukuhan integriti, tadbir urus & budaya keselamatan yang cemerlang

Pencapaian ini mencerminkan kesungguhan berterusan KUSKOP dalam memperkukuh tadbir urus serta memastikan setiap aspek keselamatan dan integriti sentiasa berada pada tahap tertinggi.

Syabas dan tahniah kepada seluruh warga KUSKOP! Semoga terus cakna dan komited dalam menyemai budaya celik keselamatan perlindungan dalam urusan kerja seharian 💪🔐

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *