RM56.7 JUTA NILAI RAMPASAN KUMULATIF DIREKODKAN DALAM OPERASI PENGUATKUASAAN KDN

12 Jun 2026

💬 “Penguatkuasaan yang konsisten dan bersepadu adalah benteng utama negara dalam memastikan bekalan bersubsidi, keselamatan sempadan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.”
~ YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh pendekatan Smart Enforcement menerusi tindakan penguatkuasaan bersepadu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi membanteras ketirisan barang kawalan, penyeludupan serta pelanggaran undang-undang.

Bagi tempoh 12 April hingga 10 Jun 2026, operasi penguatkuasaan KDN telah merekodkan:

✅ RM56.7 juta nilai rampasan kumulatif melibatkan pelbagai kesalahan berkaitan barang kawalan dan penyeludupan.

✅ 1,036 tangkapan berjaya dilaksanakan hasil tindakan penguatkuasaan berterusan di seluruh negara.

✅ 355 kes dikesan dan diambil tindakan oleh agensi-agensi penguat kuasa di bawah KDN.

Pencapaian ini membuktikan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memastikan bekalan bersubsidi sampai kepada golongan yang layak, di samping melindungi hasil negara daripada aktiviti ketirisan dan penyeludupan.

KDN akan terus memperkukuh kerjasama strategik antara agensi, meningkatkan keupayaan operasi serta memastikan keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *