REFORMASI SEKTOR AWAM DIPERKASA, KEPENTINGAN NASIONAL TERUS TERPELIHARA

12 Jun 2026

💬 “Reformasi sektor awam mesti diterjemahkan melalui tindakan yang berkesan, penguatkuasaan yang mantap dan penyampaian perkhidmatan yang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat serta melindungi kepentingan negara.”
~ YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara

Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) Bilangan 6 Tahun 2026 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar telah berlangsung pada 11 Jun 2026 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Turut hadir ialah YBhg. Datuk Dr. Awang Alik bin Jeman, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), serta Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Haji Mohd Khalid bin Haji Ismail, bersama-sama wakil kementerian, agensi Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Mesyuarat telah meneliti pelbagai cadangan dan inisiatif strategik bagi memperkukuh reformasi sektor awam, meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan, memperkasakan tadbir urus serta memperkukuh aspek penguatkuasaan demi memastikan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara terus terpelihara.

Selaras dengan penegasan YAB Perdana Menteri mengenai keperluan melindungi kepentingan nasional dan kedaulatan ekonomi negara, mesyuarat turut memberi perhatian kepada isu persaingan warga asing dalam penguasaan sektor perniagaan peruncitan yang boleh menjejaskan peluang serta daya saing peniaga tempatan.

Antara fokus utama yang dipersetujui ialah:

✅ Memperkukuh penguatkuasaan bersepadu melibatkan kementerian, agensi, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.

✅ Melaksanakan hebahan serta kempen pencegahan yang lebih meluas, berterusan dan bersasar kepada masyarakat.

✅ Memastikan pematuhan undang-undang serta peraturan bagi melindungi kepentingan ekonomi dan kedaulatan negara.

✅ Memperkasa kerjasama merentas agensi bagi mempercepat pelaksanaan agenda reformasi sektor awam secara berfokus dan berimpak tinggi.

STAR akan terus memainkan peranannya sebagai platform penyelarasan strategik merentas agensi dalam memastikan reformasi sektor awam dilaksanakan secara cekap, berintegriti dan memberi manfaat langsung kepada rakyat.

KDN komited menyokong pendekatan Whole-of-Government dalam memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta memastikan kepentingan nasional sentiasa menjadi keutamaan.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *