
15 Jun 2026
Majlis Penyerahan Fleet Card SmartPay PETRONAS di Kepayan, Kota
Kinabalu hari ini melibatkan sebahagian syarikat-syarikat pengangkutan
darat barangan yang telah mendapat kelulusan pendaftaran Sistem Kawalan
Diesel Bersubsidi (SKDS) dan menerima fleet card untuk kenderaan
berdaftar.
Sebagaimana yang telah diumumkan, pendaftaran bagi permohonan
menyertai SKDS untuk pelaksanaan penyaluran subsidi bahan api diesel
bagi sektor pengangkutan darat barangan telah diperluaskan ke Sabah,
Sarawak dan WP Labuan bermula 4 Mei 2026.
Manakala, penyaluran
subsidi bahan api bagi sektor pengangkutan darat awam telah dibuka
sejak bulan Jun 2024.
Setakat 14 Jun 2026, status pendaftaran semasa SKDS bagi ketiga-tiga
wilayah ini ialah seperti berikut:
Wilayah Syarikat Kenderaan
Sabah 3,922 14,415
Sarawak 3,869 14,447
WP Labuan 269 769
JUMLAH TOTAL 8,060 29,631
Pendaftaran melalui SKDS akan membolehkan syarikat-syarikat yang
berkelayakan terus mendapat manfaat subsidi diesel melalui mekanisme
fleet card pada kadar RM2.15 seliter bagi sektor pengangkutan darat
barangan dan RM1.88 seliter bagi sektor pengangkutan darat awam.
Penggunaan wajib fleet card SKDS untuk mendapat manfaat subsidi
diesel bagi sektor pengangkutan darat barangan dan awam akan dikuat
kuasakan pada satu masa yang akan diumumkan.
Sehubungan itu,
syarikat-syarikat bagi kedua-dua sektor ini adalah digesa untuk membuat
pendaftaran SKDS pada kadar segera. Ini adalah penting untuk
membolehkan kenderaan-kenderaan syarikat yang tersenarai di bawah
33 jenis kenderaan yang layak didaftarkan di bawah SKDS terus boleh
menerima subsidi diesel.
Senarai jenis kenderaan dan permohonan
pendaftaran menyertai SKDS boleh dirujuk melalui portal MySubsidi di
pautan https://mysubsidi.kpdn.gov.my.
Peluasan SKDS merupakan pendekatan untuk menangani isu ketirisan
subsidi bahan api diesel melalui mekanisme pemantauan dan
penguatkuasaan secara digital.
Mekanisme penggunaan fleet card dalam
pelaksanaan SKDS ini adalah untuk memastikan subsidi dapat
dimanfaatkan sepenuhnya oleh kumpulan sasar.
Ini sekali gus
mengekang ketirisan subsidi diesel sama ada melalui aktiviti
penyeludupan, penyelewengan dan penyalahgunaan subsidi oleh warga
asing dan pendatang tanpa izin.
Bagi Sabah dan Sarawak, Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM2
bilion setahun untuk subsidi diesel di Sabah dan Sarawak pada tahun
- Untuk tahun 2026, subsidi diesel yang ditanggung oleh Kerajaan
terus meningkat akibat daripada krisis tenaga susulan konflik Asia Barat.
Pada dua bulan pertama 2026 iaitu sebelum tercetusnya konflik, subsidi
diesel yang dibelanjakan untuk Sabah dan Sarawak ialah RM103 juta bagi
bulan Januari dan RM106 juta bagi bulan Februari.
Namun, sejak bermulanya konflik pada 28 Februari 2026, implikasi
subsidi diesel bagi kedua-dua wilayah ini telah mencecah RM563 juta
bagi bulan Mac dan RM647 juta bagi bulan April.
Jumlah keseluruhan
subsidi diesel untuk tempoh empat bulan pertama hingga April 2026 telah
mencecah RM1.4 bilion.
Kerajaan akan terus menanggung lonjakan bil
subsidi bahan api ini selagi mana harga minyak dunia masih pada tahap
yang tinggi dan krisis tenaga berlarutan.
Kerajaan komited untuk terus menyalurkan subsidi diesel kepada rakyat
dan industri secara bersasar sebagai langkah intervensi dan mitigasi bagi
menangani isu kenaikan kos sara hidup dan pergerakan harga barangan
dan perkhidmatan.
Pada masa yang sama, penyaluran subdisi secara
bersasar perlu dilaksanakan sebagai mekanisme pengurusan risiko
ketirisan, selain meningkatkan ketangkasan penguatkuasaan.
YB DATUK ARMIZAN MOHD ALI
Menteri Perdagangan Dalam Negeri
dan Kos Sara Hidup
Kepayan, Kota Kinabalu
15 Jun 2026
