




18 Jun 2026
Kazan : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada Presiden Rusia Vladimir Putin atas pendirian konsisten negara itu berhubung isu Gaza dan situasi geopolitik semasa yang melibatkan Iran.
Anwar berkata Rusia telah mengekalkan pendirian berprinsip terhadap kedua-dua isu berkenaan.
βSaya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada anda atas pendirian berhubung Gaza dan Iran. Anda telah mengambil pendirian yang sangat konsisten dan berprinsip,β kata beliau semasa berucap pada mesyuarat dua hala dengan Putin, pada Rabu.
Perdana Menteri berkata rakyat Malaysia dan kebanyakan pihak lain mengagumi keteguhan serta keyakinan Putin dalam mempertahankan pendirian itu.
Sumber:
πΈ fotoBERNAMA
