




18 Jun 2026
Kazan : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Rusia Vladimir Putin membincangkan pelbagai aspek kerjasama dua hala, termasuk potensi memperkukuh hubungan dalam sektor tenaga yang merupakan antara bidang strategik bagi kedua-dua negara.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas pertemuan kedua-dua pemimpin itu, Pejabat Perdana Menteri menjelaskan Anwar dan Putin turut menyentuh usaha memperluas kerjasama ekonomi termasuk menghargai ketetapan Rusia memberikan kerjasama jangka panjang dalam aspek bekalan tenaga dan minyak.
βMereka juga bertukar pandangan mengenai peluang memperkukuh kerjasama dalam bidang teknologi baharu, keselamatan siber, digital, kecerdasan buatan (AI), pertanian moden dan farmaseutikal,β jelas kenyataan itu.
Sumber: Berita Bernama
πΈ fotoBERNAMA
