Petronas Kini Menjadi Operator Salah Satu Lapangan Gas Terbesar Dunia

21 Jun 2026

Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim berkata kejayaan memperluas peranan PETRONAS dalam sektor tenaga Turkmenistan membuka akses kepada antara rizab gas terbesar dunia, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia dalam landskap tenaga global.

Jelas beliau lagi, perkembangan ini mencerminkan keyakinan tinggi terhadap keupayaan Malaysia serta rekod cemerlang PETRONAS yang telah bertapak dan beroperasi di Turkmenistan selama tiga dekad.

Katanya, lawatan itu turut menyaksikan pemeteraian pelbagai dokumen kerjasama dalam bidang pendidikan, latihan diplomatik, penerbangan, sains dan pembangunan modal insan.

“Saya yakin kesepakatan yang dicapai akan mengangkat hubungan Malaysia-Turkmenistan ke tahap yang lebih kukuh demi kemakmuran rakyat dan kepentingan negara,” jelas PMX yang dikongsi dalam laman sosialnya hari ini.

🇲🇾🇹🇲

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *