PRN Johor :AURA MERAH PH TERUS MEMBANJIRI JOHOR

Oleh Noraini Nordin
(Sorotan PRN 2026)

27 Jun 2026

Pakatan Harapan terus mara dengan bergaya di bumi Johor.

Terkini –
dalam usaha untuk memastikan KEADILAN memulakan perjalanan menghadapi PRN Johor dengan penuh semangat, parti telah menggerakkan pimpinan pusatnya untuk hadir mengiringi calon-calon yang bertanding.

Sebagaimana diputuskan, daripada 56 kerusi yang ditandingi PH dalam PRN Johor ini, 20 daripadanya akan ditandingi oleh calon-calon KEADILAN.

Dengan itu, di semua 20 pusat penamaan calon pagi ini, pimpinan KEADILAN pusat akan hadir untuk bersama-sama dengan penyokong parti.

Senarai pimpinan yang ditetapkan dan kawasan DUN di mana mereka akan hadir adalah seperti berikut:-

  1. N.01 Buloh Kasap –
    YB Fadhlina binti Sidek
  2. N.03 Pemanis –
    YB Tuan Sim Tze Tzin &
    Datuk Seri Dr Zaliha binti Mustafa
  3. N.07 Bukit Kepong –
    YB Tuan Yuneswaran A/L Ramaraj
  4. N.09 Gambir –
    YB Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
  5. N.14 Bukit Naning –
    YBTM Datuk Dr. Fuziah binti Salleh &
    YBHG.Dato’ Ahmad Farhan bin Fauzi
  6. N.16 Sungai Balang –
    YB Chiew Choon Man &
    Roland Engan
  7. N.17 Semerah –
    YB Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
  8. N.18 Sri Medan –
    YB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin Bin Harun
  9. N.24 Senggarang –
    YB Puan Nurul Izzah binti Anwar
  10. N.27 Layang – Layang –
    YBM Dato’ Seri Ramanan Ramakrishnan
  11. N.32 Endau –
    YBM Dr Zulkifli bin Hassan
  12. N.33 Tenggaroh –
    YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
  13. N.35 Pasir Raja –
    YB Datuk Ts Mustapha Sakmud
  14. N.37 Johor Lama –
    YB Tuan Adam Adli bin Abd Halim
  15. N.39 Tanjung Surat –
    Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
  16. N.41 Puteri Wangsa –
    YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari /
    YAB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
  17. N.47 Kempas –
    YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari
  18. N.51 Bukit Batu –
    YBrs Muhammad Kamil Abdul Munim
  19. N.54 Pulai Sebatang –
    YBHG. Datuk Azman bin Abidin
  20. N.56 Kukup
    YBrs Chan Ming Kai

Dengan kehadiran pimpinan pusat ini, KEADILAN dengan jelas memberi mesej ingin memenangi sebanyak mungkin kerusi dan seterusnya berazam membentuk kerajaan baharu di Johor.

Bersama kehadiran pimpinan KEADILAN pusat di semua 20 pusat penamaan calon itu diyakini mampu menarik sokongan penyokong-penyokong parti untuk turut sama hadir memberi semangat kepada calon-calon yang bertanding.

Dengan semangat yang akan terus digerakkan sehingga hari pengundian, keazaman KEADILAN tidak lain adalah kemenangan.

Sementara itu, Timbalan Presiden KEADILAN Nurul Izzah Anwar yang dijadualkan hadir di pusat penamaan calon DUN Senggarang pagi ini, dipercayai akan cuba mengambil kesempatan untuk turun ke pusat penamaan calon lain yang berdekatan.

Beliau difahamkan akan cuba turun ke pusat penamaan calon Puteri Wangsa dan Kempas selepas menghadirkan diri di Senggarang.

Sebagai Timbalan Presiden Keadilan, Nurul Izzah juga difahamkan akan memanfaatkan banyak masanya sepanjang kempen PRN Johor ini berlangsung.

Hakikatnya, KEADILAN tidak memandang ringan PRN Johor ini, tetapi ingin hadir dengan semangat untuk memperolehi kemenangan dan seterusnya menjadi kerajaan.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *