
KUALA LUMPUR, 29 Jun – Sejumlah RM85 juta diperuntukkan bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi melaksanakan 573 projek pembangunan di 613 Kampung Baharu di seluruh negara pada tahun 2026.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, daripada jumlah itu, 366 projek melibatkan pembangunan infrastruktur, 197 projek Program Bantuan Baik Pulih Rumah dan 10 projek Program Bantuan Bina Baharu Rumah Kampung Baharu.
“Bagi projek pembangunan di Kampung India pula, Jabatan Kerajaan Tempatan telah meluluskan 21 projek pembangunan di 18 kampung dengan peruntukan RM2 juta melibatkan enam negeri, iaitu Johor, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Negeri Sembilan. Projek-projek ini merangkumi tiga skop utama, iaitu infrastruktur, kemudahan awam dan keselamatan
“Setakat ini, lima projek telah siap, 13 projek sedang dalam pembinaan, dua projek lagi dalam proses perolehan, manakala sebuah lagi masih di peringkat perancangan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Sungai Siput Kesavan Subramaniam berkenaan status terkini pelaksanaan projek pembangunan dan penyediaan kemudahan asas di kampung baharu Cina serta kampung tradisi India di seluruh negara danberapa jumlah peruntukan yang telah disalurkan bagi tujuan tersebut dalam
tempoh tiga tahun kebelakangan ini
Menurut Datuk Aiman Athirah, pembangunan Kampung India hanya mula diselaraskan KPKT pada 2025, berbanding Kampung Baharu yang telah lama berada bawah kementerian itu
Bagaimanapun Kerajaan, akan terus menambah baik mekanisme pembangunan Kampung India, termasuk mengenal pasti lebih banyak penempatan yang memenuhi kriteria bagi menerima peruntukan pada masa depan.
Sumber berita RTM
Sorotan Berita: Jendela Madani
