
11 Julai 2026
Ramai yang mengenali istilah “๐ธ๐ฒ๐น๐ฑ๐ฎ๐ถ ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐๐ป”, tetapi tahukah anda bahawa kini wujud juga “๐๐ฒ๐น๐ฑ๐ฎ๐ถ ๐ฆ๐๐ ” atau keldai nombor telefon?
Sindiket penipuan menggunakan nombor telefon yang didaftarkan atas nama individu lain bagi menyembunyikan identiti sebenar mereka. Apabila sesuatu jenayah disiasat, nombor tersebut akan dijejaki kepada pemilik yang berdaftar, walaupun pemilik sebenar tidak terlibat dalam kegiatan jenayah itu.
๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ก๐ ๐ฆ๐๐ก๐๐๐๐๐ง ๐ ๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐ข๐๐๐ ๐ก๐ข๐ ๐๐ข๐ฅ ๐ง๐๐๐๐๐ข๐ก ๐๐ก๐?
๐น Ada individu yang sanggup mendaftarkan kad SIM menggunakan nama sendiri dan menjualnya kepada sindiket demi mendapatkan wang segera.
๐น Maklumat kad pengenalan (IC) yang hilang, bocor atau dicuri disalahgunakan untuk mendaftarkan kad SIM tanpa pengetahuan pemilik.
๐น Segelintir ejen yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan maklumat pelanggan untuk mendaftarkan kad SIM secara tidak sah.
๐น Mangsa diperdaya untuk berkongsi nombor telefon atau kod OTP/TAC kononnya bagi tujuan pengesahan, sedangkan ia digunakan untuk membuka akaun komunikasi atau perkhidmatan digital bagi tujuan jenayah.
๐น Mangsa diperdaya dengan tawaran kerja sambilan dengan tawaran komisen yang tinggi.
๐จ ๐๐ฃ๐ ๐ฌ๐๐ก๐ ๐๐๐๐๐๐จ๐๐๐ก ๐ฆ๐๐๐ ๐ ๐๐ฅ ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐ก๐ข๐ ๐๐ข๐ฅ ๐ง๐๐ฅ๐ฆ๐๐๐จ๐ง?
โ Menyamar sebagai polis, bank, mahkamah atau agensi kerajaan.
โ Menghantar SMS yang mengandungi pautan phishing atau fail APK berbahaya.
โ Membuka akaun WhatsApp, Telegram dan platform lain untuk menyamar sebagai ahli keluarga atau rakan sebelum memperdaya mangsa.
โ ๏ธ ๐ฅ๐๐ฆ๐๐๐ข ๐๐๐ฃ๐๐๐ ๐ฃ๐๐ ๐๐๐๐ ๐ก๐ข๐ ๐๐ข๐ฅ ๐ฌ๐๐ก๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐๐ง๐๐ฅ
Walaupun anda tidak terlibat secara langsung, jika nombor telefon itu didaftarkan atas nama anda, anda mungkin:
๐ธ Dipanggil memberi keterangan atau disiasat oleh pihak berkuasa.
๐ธ Berdepan tindakan undang-undang sekiranya terdapat bukti penglibatan atau kecuaian mengikut peruntukan undang-undang yang berkaitan.
๐ธ Menghadapi kesukaran mendapatkan perkhidmatan telekomunikasi jika nombor tersebut disenarai hitam oleh syarikat telekomunikasi.
๐ก๏ธ ๐๐๐ก๐๐จ๐ก๐๐ ๐๐๐ฅ๐ ๐๐ก๐๐
โ Jangan sesekali menjual atau meminjamkan kad SIM yang didaftarkan atas nama anda.
โ Jangan dedahkan kod OTP/TAC kepada sesiapa walau apa jua alasan yang diberikan.
โ Semak nombor telefon yang didaftarkan menggunakan kad pengenalan anda dengan syarikat telekomunikasi. Jika terdapat nombor yang tidak dikenali, segera minta ia ditamatkan dan buat laporan polis.
๐ข Ingat! Nombor telefon bukan sekadar alat komunikasi, tetapi juga identiti digital anda. Jangan biarkan ia disalahgunakan oleh penjenayah.
๐จ๐๐๐๐๐๐๐ผ๐๐ผ๐ : ๐๐๐๐๐๐ผ๐๐๐ผ ๐ผ๐๐ฟ๐ผ ๐ฟ๐๐๐๐ฝ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ผ๐๐ผ๐๐ผ๐ ๐๐ ๐ฟ๐๐ฟ๐ผ๐๐๐ผ๐๐๐ผ๐ ๐ผ๐๐ผ๐ ๐๐ผ๐๐ผ ๐ผ๐๐ฟ๐ผ ๐ฟ๐๐๐๐๐ผ๐๐ผ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ผ๐ ๐ ๐๐๐ผ๐๐ผ๐, ๐ ๐ผ๐๐๐ผ๐ ๐๐ผ๐๐๐ & ๐ฝ๐๐๐๐๐๐ผ๐๐. ๐๐ผ๐๐๐๐ผ๐ ๐๐ผ๐๐๐๐๐๐ผ๐. ๐๐๐๐ผ๐ ๐ฟ๐๐๐๐ผ๐ ๐๐๐๐ผ๐ ๐๐๐๐พ๐ ๐๐๐๐ผ๐๐ผ ๐ฝ๐๐๐๐ ๐ ๐ผ๐ฟ๐ ๐๐๐๐ผ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ฝ๐๐ ๐๐พ๐ผ๐๐๐๐. ๐๐๐๐๐๐ผ๐๐๐ผ ๐๐๐๐ผ๐๐ผ๐ ๐๐๐๐พ๐ ๐๐๐๐ผ๐ ๐ฟ๐๐ฝ๐๐ผ๐ & ๐ฝ๐๐๐ผ๐. ๐๐๐๐ผ ๐๐ ๐ฝ๐ผ๐๐ผ๐ ๐๐๐๐๐ ๐ฝ๐๐๐๐ผ๐๐๐๐๐ผ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ฝ๐๐ผ๐ ๐๐ผ๐๐๐๐ผ๐ ๐๐๐๐๐.
