MALAYSIA–THAILAND PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK RENTAS SEMPADAN

11 Julai 2026

Majlis Perasmian Jajaran Jalan Baharu yang menghubungkan Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, Kedah, Malaysia dengan Kompleks CIQ Sadao, Songkhla, Thailand menjadi detik bersejarah yang mencerminkan komitmen tinggi kedua-dua negara dalam memperkukuh hubungan strategik, meningkatkan kesalinghubungan serantau serta memacu kemakmuran bersama. Inisiatif ini disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia bersama TYT Anutin Charnvirakul, Perdana Menteri Thailand pada 10 Julai 2026.

💬 “Kerjasama strategik Malaysia dan Thailand membuktikan bahawa keselamatan sempadan, kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan rakyat dapat diperkukuh melalui kepercayaan, kerjasama erat serta pembangunan infrastruktur yang moden dan bersepadu.”
— YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

Pembukaan laluan baharu ini bakal memberikan impak yang signifikan kepada kedua-dua negara melalui:

✅ Keselamatan sempadan yang lebih kukuh menerusi kerjasama kastam, imigresen, kuarantin dan keselamatan yang lebih bersepadu.
✅ Perdagangan dan logistik yang lebih lancar bagi memperkukuh rantaian bekalan rentas sempadan.
✅ Pelaburan yang terus berkembang serta merangsang pertumbuhan ekonomi kawasan sempadan.
✅ Pelancongan yang lebih rancak melalui peningkatan mobiliti rakyat dan pelawat.
✅ Kecekapan urusan keluar masuk negara yang dipertingkat demi kemudahan rakyat dan komuniti perniagaan.

Kementerian Dalam Negeri akan terus memperkukuh pengurusan sempadan negara melalui pembangunan infrastruktur moden, penggunaan teknologi serta kerjasama strategik antarabangsa selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, demi memastikan keselamatan negara, kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Sumber: Ucapan YAB Perdana Menteri sempena Inauguration Ceremony of the New Road Alignment Linking Bukit Kayu Hitam ICQS Complex, Kedah, Malaysia and the Sadao CIQ Complex, Songkhla, Thailand, 10 Julai 2026, serta Siaran Media Kementerian Dalam Negeri, 10 Julai 2026.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *