
Kerajaan terus memperkukuh pelaksanaan Inisiatif Kampung Angkat MADANI (KAM) melalui lima (5) strategi penambahbaikan bagi memastikan pembangunan infrastruktur dan komuniti benar-benar memenuhi keperluan rakyat serta memberi impak yang mampan kepada kesejahteraan masyarakat luar bandar.
💬 “Kampung Angkat MADANI bukan sekadar membangunkan kemudahan fizikal, tetapi memperkasa komuniti melalui perancangan yang inklusif, pelaksanaan berkualiti dan kerjasama strategik demi memastikan manfaat pembangunan dapat dinikmati secara menyeluruh oleh rakyat.”
— YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri
Antara fokus utama penambahbaikan ialah:
✅ Memperkukuh libat urus komuniti sejak peringkat perancangan projek.
✅ Meningkatkan kawalan kualiti melalui pemantauan, pematuhan piawaian dan penyelarasan yang lebih berkesan.
✅ Mewujudkan mekanisme maklum balas selepas projek siap bagi tindakan penambahbaikan yang lebih pantas.
✅ Menjadikan capaian internet luar bandar, termasuk liputan 4G dan 5G, sebagai antara indikator utama pembangunan kampung.
✅ Memperluas kerjasama Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bersama sektor swasta bagi menjamin manfaat jangka panjang kepada komuniti.
Pendekatan ini selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan pembangunan inklusif, kesejahteraan rakyat serta pengukuhan komuniti melalui kerjasama erat antara kerajaan, masyarakat dan sektor swasta.
Sumber: Berita Harian, Rencana “5 Strategi Tambah Baik Inisiatif Kampung Angkat MADANI”, 11 Julai 2026.
