
NEW YORK, 17 Julai – Bangkai helikopter pelancongan New York yang terhempas ke Sungai Hudson dan meragut enam nyawa menunjukkan tanda-tanda berlanggar dengan burung, menurut penyiasat.
Menurut bukti yang diterbitkan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB), sisa beberapa ekor angsa ditemui pada pesawat berkenaan.
“Sekumpulan angsa pelbagai spesies telah melanggar penstabil mendatar dan bilah kipas,” kata laporan oleh Bahagian Burung Institusi Smithsonian kepada NTSB bertarikh 11 Disember 2025 dan dikeluarkan pada Khamis.
Saksi turut melaporkan melihat kira-kira 20 ekor angsa terbang menuju ke arah sungai beberapa minit sebelum terdengar bunyi dentuman kuat, mengukuhkan kemungkinan kehadiran burung di kawasakejadian sebelum nahas.
Rakaman video kejadian menunjukkan bahagian kokpit dipercayai terpisah daripada bilah kipas ketika helikopter itu jatuh.
Sumber :-RTM
Sorotan : Berita Jendela Madani
