BANGKAI IKAN LUMBA-LUMBA TERDAMPAR DI PESISIR PANTAI KURUNG TENGAR

21 Julai 2026

Perlis Bangkai seekor ikan lumba-lumba dengan anggaran berat 120 kilogram (kg) ditemukan terdampar di pesisir Pantai Kurung Tengar, Kangar, petang semalam.

Pengarah Perikanan Perlis Muhammad Nur Ashry Bassari berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan bangkai ikan lumba-lumba berukuran 222 sentimeter panjang itu kira-kira 5 petang.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang kesan luka pada badan ikan lumba-lumba itu. Sampel turut diambil bagi tujuan analisis DNA sebelum bangkai ikan itu ditanam mengikut prosedur ditetapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Nur Ashry berkata spesies ikan lumba-lumba itu disenaraikan di bawah Jadual Spesies Ikan Yang Terancam 1999 mengikut Akta Perikanan 1985.

Berita Bernama

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *