




PERMATANG PAUH, 25 Julai 2026 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (MCMC), menerusi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), menjalin
kolaborasi strategik dengan Penang Halal International (PHI) buat julung kalinya
menerusi penganjuran Program MADANI Kita (PMK) bersempena Penang
International Halal Expo 2026 (PIHEX 2026).
Program yang berlangsung di Politeknik Seberang Perai dari 24 hingga 26 Julai
2026 itu telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Diselaraskan oleh Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Jabatan Perdana
Menteri, PMK mengangkat pendekatan whole-of-government dengan
menghimpunkan pelbagai kementerian dan agensi Kerajaan Persekutuan di
bawah satu bumbung bagi memudahkan rakyat mengakses pelbagai
perkhidmatan Kerajaan secara lebih bersepadu, cekap dan mesra pengguna.
Penganjuran serentak PMK dan PIHEX 2026 memperluaskan akses kepada
pelbagai perkhidmatan kerajaan serta membuka lebih banyak peluang kepada
masyarakat dan usahawan untuk mendapatkan maklumat, khidmat nasihat
serta manfaat daripada pelbagai inisiatif yang ditawarkan oleh agensi Kerajaan
dan rakan strategik.
Sepanjang program, pengunjung boleh mendapatkan pelbagai perkhidmatan
termasuk pemeriksaan kesihatan, Jualan Rahmah, Jualan Agro MADANI, reruai
agensi Kerajaan, khidmat komuniti, Pertandingan NADI E-Sukan MADANI Legend
serta kemudahan Wi-Fi percuma menerusi NADI On Wheels (NOW).
Kolaborasi ini mencerminkan komitmen berterusan MCMC dalam
memperkukuh penyampaian perkhidmatan Kerajaan menerusi kerjasama
strategik dengan pelbagai pihak.
Inisiatif ini turut menyokong pembangunan
ekonomi setempat, memperluaskan keterangkuman digital serta memastikan
manfaat agenda Malaysia MADANI dapat dinikmati oleh lebih ramai rakyat.
KOMUNIKASI KORPORAT MCMC
