KUNJUNGAN KETUA SETIAUSAHA PERBENDAHARAAN KE PROGRAM MIKROKREDIT PERKUKUH SOKONGAN KEPADA USAHAWAN KECIL

PAROI, 27 Julai – Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, hari ini mengadakan lawatan ke Pasar Tani Paroi Jaya bagi meninjau pelaksanaan Skim Mikrokredit serta menyantuni usahawan kecil dan para peniaga yang menjadi tulang belakang ekonomi komuniti setempat.

Program tersebut menghimpunkan pelbagai agensi dan institusi kewangan di bawah satu bumbung bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat, khidmat nasihat serta akses kepada pelbagai inisiatif bantuan dan pembiayaan yang disediakan oleh Kerajaan MADANI.

Antara agensi yang terlibat ialah Bank Simpanan Nasional (BSN), Agrobank, Bank Rakyat, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta kaunter Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Sehingga kini, Skim Mikrokredit telah memberi manfaat kepada 554 peniaga di 14 lokasi di seluruh negara dengan jumlah pembiayaan melebihi RM20 juta.

Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memperluas akses kepada pembiayaan mikro, memperkukuh daya saing perusahaan kecil dan mikro serta membantu usahawan meningkatkan pendapatan dan kelangsungan perniagaan.

Pendekatan berorientasikan komuniti melalui program seumpama ini turut memastikan rakyat lebih mudah mengakses pelbagai bentuk bantuan, pembiayaan dan perkhidmatan kerajaan secara terus, sekali gus memperkukuhkan kesejahteraan ekonomi rakyat di peringkat akar umbi.

Sumber: Facebook Kementerian Kewangan Malaysia.
Sorotan Berita Jendela Madani

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *