
28 Julai 2026
Calon PH DUN N03 Sungai Lui, Zainal Fikri Abd Kadir memberi janji tumpuan utama kepada penyelesaian masalah asas sekiranya diberi mandat:
πΉ Kemudahan Asas Orang Asli: Masih ada penempatan yang tiada air bersih, bekalan elektrik dan rumah masih menggunakan bahan kayu/buluh walaupun negara sudah merdeka 69 tahun. Beliau pernah membawa NGO membaiki kemudahan walaupun tiada hubungan rasmi dengan JAKOA, dan akan terus memastikan suara mereka sampai ke agensi berkaitan.
πΉ Perumahan Generasi Kedua Felda: Ramai masih tinggal berhimpit sehingga 3β4 keluarga seunit, malah ada projek terbengkalai di Felda Pasoh 2 & 3 yang tidak selesai walaupun pernah dijanjikan sebelum ini. Tanah seluas 124 ekar di Anak Air Kering, Felda Lui Barat sudah dikenal pasti untuk pembangunan penempatan baharu melalui PKNNS.
Bagi beliau, keperluan asas dan hak rakyat tidak patut tertangguh lagi.
