PBB BERI AMARAN EL NINO SEMAKIN KUAT, RISIKO CUACA EKSTREM DIJANGKA MENINGKAT

NEW YORK, 1 Ogos – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa fenomena El Nino dijangka terus mengukuh sepanjang tempoh Ogos hingga Oktober ini, sekali gus meningkatkan risiko cuaca ekstrem dan memperhebat kesan perubahan iklim di pelbagai rantau dunia.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata, fenomena tersebut akan menyebabkan suhu global melebihi paras normal serta mengubah corak taburan hujan, sekali gus meningkatkan ancaman kemarau, banjir dan kebakaran hutan di beberapa kawasan.

Menurut Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), El Nino dijangka berkembang menjadi fenomena yang kuat dalam tempoh berkenaan. Pada masa sama, fenomena Indian Ocean Dipole (IOD) positif turut diramalkan berlaku, yang berpotensi memperhebat impak iklim terutama di kawasan sekitar Lembangan Lautan Hindi.

Guterres menegaskan dunia kini berdepan kadar pemanasan global yang semakin pantas, sambil menggesa tindakan lebih tegas bagi menangani perubahan iklim serta mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil yang disifatkan terus memburukkan krisis iklim dan menjejaskan keselamatan tenaga global.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *