AW189: LEBIH JAUH. LEBIH PANTAS. LEBIH BERKEUPAYAAN. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿš

15 Ogos 2026

Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh kesiapsiagaan keselamatan maritim negara menerusi penerimaan empat helikopter AW189 baharu bagi meningkatkan keupayaan operasi udara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Aset generasi baharu ini memperluas jangkauan operasi serta mempertingkat keupayaan CARILAMAT, MEDEVAC, penguatkuasaan, pengawasan udara dan operasi khas.

โ€œIa bukan sekadar penambahan aset, tetapi meningkatkan keupayaan negara dalam penguatkuasaan, CARILAMAT, pengawasan udara, MEDEVAC dan operasi khas.โ€
~YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

Dengan jarak operasi sehingga 1,166 kilometer, kelajuan maksimum 313 kilometer sejam dan tempoh penerbangan sehingga lima jam, AW189 mampu melaksanakan misi pada waktu siang dan malam serta dalam pelbagai keadaan cuaca. Helikopter ini dikendalikan oleh lima kru dan berupaya membawa sehingga 14 penumpang, termasuk bagi operasi di kawasan perairan yang jauh dari pesisir.

Keupayaan ini memberikan Maritim Malaysia liputan operasi yang lebih luas, mobiliti lebih pantas dan fleksibiliti lebih tinggi, sekali gus memperkukuh pengesanan serta tindak balas terhadap kecemasan dan ancaman keselamatan di perairan negara.

Pemodenan aset udara Maritim Malaysia mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI untuk memastikan keselamatan rakyat dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara. Pelaburan strategik ini turut meningkatkan keupayaan menyelamatkan nyawa serta memberikan perlindungan yang lebih berkesan kepada nelayan, komuniti maritim, industri perkapalan dan seluruh pengguna perairan negara.

Lebih jauh jangkauannya. Lebih pantas tindak balasnya. Lebih berkeupayaan mempertahankan perairan negara.

Sumber: Sidang Media Menteri Dalam Negeri sempena Majlis Penerimaan Helikopter AW189, Stesen Udara Maritim Subang | 13 Ogos 2026

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *