𝑹𝑬𝑲𝑨 𝑩𝑬𝑡𝑻𝑼𝑲 𝑺𝑻𝑬𝑺𝑬𝑡 𝑬π‘ͺ𝑹𝑳 𝑻𝑢𝑡𝑱𝑢𝑳 𝑰𝑫𝑬𝑡𝑻𝑰𝑻𝑰 𝑾𝑨𝑹𝑰𝑺𝑨𝑡 𝑺𝑬𝑻𝑬𝑴𝑷𝑨𝑻

14 Ogos 2026

Setiap stesen utama Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) direka dengan keunikan tersendiri berasaskan warisan seni bina, sejarah dan budaya negeri masing-masing, menjadikannya bukan sekadar kemudahan pengangkutan moden malah cerminan identiti tempatan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata pendekatan itu dapat memastikan pembangunan ECRL turut mengetengahkan keunikan budaya dan warisan masyarakat di sepanjang laluannya.

β€œSebagai contoh, Stesen ECRL Kota Bharu di Bandar Batu Tunjong menampilkan konsep seni bina tradisional β€˜Rumah Meleh Melayu’ dengan elemen corak β€˜Bunga Ketam Guri’ sekali gus mengekalkan keunikan budaya Kelantan dalam pembangunan moden.

β€œReka bentuk Stesen Kuala Terengganu pula diinspirasikan daripada gabungan elemen pergerakan β€˜Perahu dan Ombak,’ melambangkan identiti maritim Terengganu, inspirasi bertepatan dengan reputasinya yang terkenal dengan warisan pembuatan perahu kayu secara tradisional diukir menggunakan tangan, iaitu seni warisan kebanggaan masyarakat setempat,” katanya.

Sumber : Bernama.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *