
14 Ogos 2026
Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, kekuatan organisasi tidak akan terbina sekiranya berlaku perebutan pengaruh dalam parti.
“Kita tidak jadi kuat kalau wujud parti dalam parti. Dua nakhoda mengemudi satu kapal atau wujudnya tangan ghaib,” katanya dalam ucapan Perasmian Bersama Kongres Nasional Wanita & Angkatan Muda KEADILAN 2026 di MITC, Air Keroh, Melaka, pagi tadi.
