

PERLIS, 19 Ogos 2026 β Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Perlis meneruskan tindakan penguatkuasaan menerusi pelaksanaan OPS KUTIP dan OPS SAPU di beberapa lokasi sekitar Kuala Perlis, Beseri dan Kangar pada 18 hingga 19 Ogos 2026.
Sebanyak tujuh (7) siri pemeriksaan telah dilaksanakan melibatkan kawasan sekitar Jeti Kuala Perlis serta beberapa kawasan kediaman di Beseri, Kangar dan Kuala Perlis. Sepanjang operasi tersebut, seramai 32 individu telah diperiksa.
Hasil pemeriksaan membawa kepada penahanan sembilan (9) lelaki warga asing, terdiri daripada:
πΉ 5 warga Bangladesh
πΉ 3 warga Pakistan
πΉ 1 warga Mesir
Kesemua individu berkenaan ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 56(1)(d), Akta Imigresen 1959/63, mengikut kesalahan masing-masing.
Dalam operasi tersebut, satu (1) Borang 29 turut dikeluarkan kepada seorang individu bagi membantu siasatan lanjut.
JIM Negeri Perlis akan terus melaksanakan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang imigresen serta membanteras keberadaan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri ini.
