π—¦π—˜π—žπ—”π—Ÿπ—œ π—§π—˜π—₯π—Ÿπ—œπ—•π—”π—§, 𝗠𝗔𝗦𝗔 π——π—˜π—£π—”π—‘ π—§π—˜π—₯π—šπ—”π——π—”π—œ!

Akaun keldai merujuk kepada sesiapa saja, secara langsung atau tidak langsung memberikan pemilikan atau kawalan ke atas pembayarannya instrumen atau akaunnya di institusi kewangan kepada mana-mana orang lain bagi kegunaan aktiviti jenayah seperti penggubahan wang haram.

Penggunaan akaun keldai (mule account) merupakan antara taktik utama penipuan dalam talian bagimemindahkan wang dari satu sumber ke sumber yang lain.

RISIKO MENJADI AKAUN KELDAI
β€’Boleh didakwa kerana bersubahat dalam jenayah kewangan.
β€’Akaun dibekukan sepanjang proses siasatan.
β€’Nama disenaraihitam oleh pihak bank dan institusi kewangan.
β€’Sukar untuk membuka akaun bank atau mohon pinjaman pada masa depan.

Jangan sesekali berkongsi akses dan pemilikan perbankan atau instrumen pembayaran anda kepada orang lain!

PENAFIAN: NFCC tidak menerima sebarang aduan berkaitan penipuan (scam). Laporkan segera ke talian 997 atau balai polis berdekatan.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *